Sunday, May 5, 2013

Semester Satu

21/06/2010 - Hari ini pendaftran dan hari pertama aku melangkah masuk ke politeknik. Aku sampai agak lambat sebab aku bertolak dari rumah pun lambat. Kalau aku gerak awal memang awal la sampaikan. Hahaha. Selepas aku daftarkan diri aku dapat kunci bilik. Tengok kat kunci tu tertera nombor 320. Bermakna bilik aku atas sekali. "Kepala bana dia bagi aku bilik atas-atas ni. Tak nampak ke beg aku berapa banyak". Bisik aku dalam hati. Kalau nak cerita pasal minggu suaikenal tu memang menyakitkan hati. Ada ke lepas makan nak suruh berlari ? Gila ke apa ? Bangun pagi pukul 5, dipaksa rela ke kuliah maghrib. Perghhh! nasib baik 5 hari ja. Kakaka! Okay sekarang aku nak cerita pasal roommate aku yang sorang ni. Dia jenis yang pendiam sikit. Aku ajak bersemang boleh buat rilek tak layan. Ingat aku sembang dengan almari ke apa. Tapi dia ada seminggu ja. Berhenti poli katanya. Sebabnya aku sendiri pun taktau. Lepas roommate aku tu berhenti tinggallah aku sorang-sorang dalam bilik tu tapi nasib baik la membe-memabe selalu datang bilik aku buat port lepak. Sebulan lepas tu, Apeng pindah masuk bilik aku. Sejak tu la aku kenal dengan Apeng sampai la sekarang ni. Ramadhan tiba lagi, aku macam biasa la mesti puasa punya. Ishh gila tak puasa. Mana boleh berdosa tau. Tapi satu ja yang aku malas nak buat. Sembahyang terawih. Kalau tak silap kira, dalam dua iga kali jugak la aku pegi pusat Islam. Banyak kan ? Hewhew. Sebab terlalu banyak tak pegi la sampai kantoi dengan warden. Semua punca senior-senior yang acah-acah baik tu buat rajin check setiap bilik. Celaka betei! Banyak yang benda pelik yang aku buat. Kalau nak cerita susah sikit, bak kata Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia. Salah satunya aku boleh main bola kat aras 3 tu. Gila ka apa. Kalau jatuh tu tak mati. Dulu budak lagi tak pikir apa, pikir nak seronok ja. Hahaha. Okay la, kalau nak cerita semua yang aku buat masa semester satu ni confirm tak cukup satu post. Tapi pape pun semester satu ni best. (ending macam bangang)

No comments:

Post a Comment